Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua....
Nama diberi ialah Farah Nur Syanim Binti Fahmizam yang berumur 15 tahun. Ini merupakan kali pertama aku membuat blog mengenai percutianku pada tanggal 25.12.2019 dimana aku bersama keluargaku telah melancong ke Pulau Kukup. Bagi pengetahuan kalian, Pulau Kukup merupakan Pulau yang mempunyai sekurang-kurangnya 18 jenis pokok bakau tumbuh di pulau itu. Pulau itu mempunyai beberapa spesimen hidup yang besar,termasuk 20m rekod tertinggi pokok perepat yang bernama 'Sennoretia Alba' yang menenangkan hati bagi mata yang memandang. Tidak terkecuali dengan kicauan burung pada pagi hari yang ditemani bunyi derasan lautan. Lagi indah Pulau Kukup ini apabila para pelancong menjaga kebersihan setiap kali berkunjung ke pulau ini kerana Pulau Kukup merupakan pulau dengan hutan bakau yang dilindungi.
Perjalananku mengambil masa sekitar 1 jam dari rumah. Sepanjang perjalanan kami bersembang mengenai hal-hal remeh. Bergelak ketawa, menjamu selera dengan bekalan dan minuman yang dibawa. Beberapa minit sebelum tiba di destinasi, aku bersama kedua-dua abangku dibuai mimpi indah dek mengantuk yang tidak tertahan. Ibuku menemani ayahku yang sedang memandu dengan cermatnya. Kadang-kala mereka membualkan sesuatu sewaktu kami dibuai mimpi. Alhamdulillah dengan limpah rahmat dari Tuhan, kami telah sampai di destinasi pada pukul 10.05 a.m. Aku dengan teruja memulakan langkah ke Pulau Kukup. Tidak ku sangka bahawa Pulau kukup ini mempunyai pekan kecil yang dipanggil nama Pekan Pulau Kukup.
Lantas kami sekeluarga menuju ke pelabuhan kecil untuk kami menaiki bot pelancongan menuju ke destinasi sebenar. Sepanjang perjalanan pendek itu, arus deras yang membingitkan suasana agak menakutkan bunyinya memecahkan keheningan. Aku sekeluarga memilih untuk duduk di bahagian depan kerana bahagian depan merupakan tempat duduk yang sangat istimewa dan menjadi rebutan para pelancong. Mujur kami sampai awal ketika itu. Perasaan terujaku semakin melonjak apabila aku melihat kebersihan lautan itu. Tidak mempunyai sampah walau satu pun. Begitu tekunnya para penduduk pekan tersebut menjaga kebersihan. Alangkah baiknya jika sungai-sungai dan lautan di negara kita ini bersih seperti lautan disini. Pasti hidupan akuatik dapat hidup dengan tenang seperti manusia. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk menjaga kebersihan air di negara kita dan mengambil berat tentang hidupan akuatik. Setelah 7 minit berada di atas lautan, sampai jua kami di destinasi yang sebenar.
Indahnya suasana di dalam Pulau Kukup yang penuh dengan pepohon hijau. Bunyi derasan air juga tidak pernah hilang bunyinya. Seperti yang dijangka ketenangannya dapat dirasai dengan melihat pepohon hijau yang tinggi. Di atas arus laut terasakan bagai diri sedang berlantaikan air, berdindingkan pepohon hijau dan berbumbungkan langit biru yang menjadi taman permainan burung di soreh hari. Kami terus melangkah masuk ke 'syurga dunia' itu. Kesejukan semakin dirasai seperti tiada haba yang dihembus dari matahari. Mataku tidak jemu memandang pepohonan bakau itu. Berjalan di atas titian kayu menaikkan semangat cintai alam semulajadi. Aku begitu berharap bagi mereka yang telah melancong ke pulau yang indah ini telah mewujudkan rasa cinta pada makhluk Tuhan yang serba hijau ini dan mengurangkan aktiviti pembangunan kerana dengan itu, tumbuhan hijau dapat membina habitat mereka dengan lebih meluas apabila hilangnya aktiviti pembalakan. Bumi yang sekian lama sakit mungkin akan sihat tidak lama lagi. Itulah harapan pertama aku setelah menjejakkan langkah ke Pulau Kukup ini.
Aku dan keluargaku melangkah dengan lebih dalam. Alangkah terkejutnya kami apabila dapat mengetahui bahawa Pulau Kukup ini bukan sahaja melindungi spesies bakau, malah terdapat binaan yang kreatif yang diperbuat menggunakan kayu pokok. Antaranya ialah Covered Broadwalk (Time tunnel) yang merupakan binaan kayu secara melengkung. Terdapat 3 bahagian Covered Broadwalk ini dimana binaan yang utama binaan kayu melengkung yang dibina dari saiz kecil (hadapan) hingga besar (belakang) dan terdapat tempat duduk di hujung perjalanannya. Disitu kami dapat melihat pepohon bakau yang tertanam. Bahagian yang kedua ialah binaan kayu secara melengkung dalam saiz kecil (dihadapan dan dibelakang) manakala di bahagian tengah bersaiz besar. Bahagian yang terakhir pula dibina dalam saiz besar (dihadapan) menjadi semakin kecil (belakang).
Setelah penat mengambil gambar kenangan, kami meneruskan perjalanan. Semakin dalam kami menjejakkan kaki semakin sejuk diri dirasai. Sepanjang perjalanan, kami terserempak pula dengan seorang ibu yang bermain bersama anaknya. Alahai, comelnya mereka. Kebahagiaan mereka dapat aku rasai apabila melihat mereka sedang 'berkelah' di bahagian tepi titian kayu ini. Rupanya mereka juga hidup seperti manusia. Sebagai manusia yang berhati perut, yang mencintai hidupan lain, aku pasti mereka akan menjaga habitat hidupan liar ini. Walaupun mereka tidak mempunyai akal, tetapi mereka masih mempunyai perasaan seperti manusia. Cuma manusia yang begitu tingi keegoannya yang mengabaikan hidupan lain demi kepentingan diri sendiri. Sifat manusia yang hanya mahukan keselesaan telah memusnahkan kehidupan haiwan-haiwan liar. Begitulah perasaanku apabila melihat kerenah anak-beranak ini. Bagiku mereka terlalu comel untuk diabaikan.
Masa pantas berlalu. Kami sekeluarga mengorak langkah dengan tenangnya. Sehinggalah aku terlihat papan tanda yang tertulis 'Pokok Bakau Yang Tertinggi'. Disebelahnya terdapat anak panah yang menunjukkan pelancong perlu jalan terus ke hadapan untuk menemuinya. Kami sekeluarga menuju ke arah anak panah yang ditunjuk oleh papan tanda itu. Sekian lama mengorak langkah, akhirnya bertemu jua 'jodoh' yang dicari-cari. Siapa itu? Pokok bakau yang tertinggi itulah yang bernama Sennoretia Alba. Bukan sahaja pokoknya yang tinggi malah akarnya juga merupakan akar yang tertinggi di pulau itu. Tercengang aku dibuatnya. Tanpa melengahkan masa aku dan keluargaku pantas mengambil gambar. Aku dan abangku bergilir-gilir bergaya di bawah pokok tersebut manakala ibuku yang mengambil gambar kami. Ayahku pula hanya melihat kerenah kami. Takut katanya.
Setelah puas bergaya di pokok tersebut, kami membuka langkah sehingga penghujungnya. Aku tidak berasa bosan langsung ketika melawat pokok-pokok bakau ini. Sepanjang perjalanan, kami ditemani dengan lagu-lagu merdu yang dimainkan oleh burung-burung yang beterbangan di langit biru. Tidak terasa kepanasan yang dilontarkan oleh matahari ke bumi. Aku berasa lalai dek melihat keindahan pulau bakau ini. Bilangan gambar di dalam telefonku semakin meningkat. Penuh simpanan gambarku dibuatnya. Kadang-kala terlihat juga burung yang berwarna-warni selain hitam. Malangnya, ketika aku mahu mengambil gambarnya, dia lantas terbang ke awangan seolah-olah terlihat akan perbuatanku yang ingin mencuri keunikannya.
Oh, ya. Aku mahu memberitahu tentang Langkah Apiculata. Ia merupakan jalan yang diperbuat original daripada batang pokok. Ia dibina dengan potongan batang pokok dan ditanam secara rawak di tanah. Oleh itu, pelancong harus berhati-hati ketika melangkah di atas batang tersebut. Ia dinamakan Langkah Apiculata kerana batang tersebut merupakan batang pokok Rhizophora Apiculata (bakau minyak). Siapa sangka batang pokok juga boleh dijadikan sebagai haluan manusia.
Alhamdulillah..... Selesai juga perjalanan kami di Pulau Kukup ini. Ceritaku juga sampai disini sahaja. Cinta terhadap alam dihatiku semakin mendalam. Bagaikan alam ini merupakan buah hatiku. Flora dan fauna yang semakin pupus di Malaysia seharusnya menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memelihara dan memulihara flora dan fauna sebaiknya. Alam tidak akan musnah jika bukan kita yang memusnahkannya. Manusia yang ingin mengejar kemajuan tidak sedar bahawa hidupan lain juga memerlukan kemajuan. Sebagai rakyat yang mencintai Bumi, kita perlulah mengurangkan aktiviti pembalakan secara terbuka dan mengurangkan institusi pembangunan agar bumi dapat hidup dengan alam semulajadi. Sepertimana manusia memerlukan tumbuhan untuk membekalkan oksigen kepada manusia, seperti itu jugalah tumbuhan perlukan habitat untuk membekalkan oksigen kepada penghuni bumi.
Terima kasih kerana sudi membaca......
Wahhhhhh comel2 gambar anda
ReplyDeleteGood performence. Congratulation Princess!!!
ReplyDeleteGambar yang saudari tunjukkan sangat menarik perhatian saya dan tidak sabar untuk saya kunjungi tempat tersebut.
ReplyDeleteBlog yang amat menarik untuk dibaca dengan besertakan gambar-gambar yang cantik dan maklumat yang bagus.
ReplyDeleteBlog Travelog anda sangat menarik dengan menggunakan bahasa yang sangat gramatis. Saya berasa teruja membaca Blog Travelog anda kerana anda dapat mengaitkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi. 👍
ReplyDeleteTempat yang menarik berserta jalan cerita yang menggunakan beberapa ayat gramatis menarik minat saya untuk membaca blog anda.
ReplyDeletePercutian awak ke Pulau Kukup membuatkan saya berasa semangat untuk ke sana pula. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman, saya amat menghargainya :)
ReplyDeleteWahh!!menariknya blog yang anda hasilkan������..Penggunaan bahasa juga sangat baik dan jelas.
ReplyDeleteMenarik sungguh blog anda
ReplyDeleteSaya sangat suka akan blog yang anda hasilkan ini. semoga anda berjaya menjadi penulis blog pada suatu hari nanti. Syabas!👍🏻 Doakan saya agar dapat ke Kukup suatu hari nanti.😍
ReplyDeleteSedari hakikat bahawa bukan jauh perjalanan sahaja yang mampu membawa pemandangan yang luas malah di daerah sendiri pun memberikan manfaat yang berguna. Terima kasih kepada penulis yang sudi memberikan idea yang bernas kepada kami para pembaca ini. Semoga hasrat baik penulis dalam mengekalkan warisan lama di bandar kukup tercapai.
ReplyDelete
ReplyDeleteWah! sungguh menarik dan kreatif penulisan blog ini. Pengisian yang berguna untuk pembaca yang ingin berkunjung ke sana.
Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Teruskan mencipta blog pada masa yang akan datang
ReplyDeletePrecutian yang begitu mengujakan. Saya amat yakin bahawa penulis telah merancang percutian ini sudah lama kerana percutian beliau sangat teratur dan terancang. Syabas kerana berjaya menghasilkan blog yang menarik. Semoga penulis meneruskan penulisan blog pada masa akan datang.
ReplyDeletePercutian yang amat menyeronokkan. Saya teruja dan seronok membaca blog saudari . Terima kasih di atas perkongsian anda yang cukup bermanfaat ini 👍🏻
ReplyDeleteSeronoknya anda di Pulau Kukup. Saya juga teringin mahu menjejakkan kaki di sana. Terima kasih atas perkongsian saudari
ReplyDeleteWAH ! penceritaan , blog dan jalan cerita anda sungguh menarik dan membuatkan saya teruja untuk ke sana .
ReplyDeleteWah! Sebuah perkongsian pengalaman bercuti di Pulau Kukup yang sangat menarik dan memberansangkan. Gaya penulisan anda yang kreatif serta gramatis memudahkan pembaca untuk membacanya. Penggunaan ayat gramatis yang sesuai dan juga menarik, mencantikkan lagi gaya penulisan blog anda. Saya amat teruja! Syabas! Awak memberikan ilmu pengetahuan kepada saya dan juga pembaca yang lain tentang berapa pentingnya tumbuhan seperti paya bakau dan juga tumbuhan yang lain kepada kehidupan manusia dan alam sekitar. Terima kasih atas perkongsian tersebut. Semoga anda menjadi seorang penulis blog yang berjaya suatu hari nanti.
ReplyDeleteSedari hakikat bahawa bukan jauh perjalanan sahaja yang mampu membawa pemandangan yang luas malah di daerah sendiri pun memberikan manfaat yang berguna. Terima kasih kepada penulis yang sudi memberikan idea yang bernas kepada kami para pembaca ini.
ReplyDeletePenulisan blog saudari Farah amat menarik kerana banyak gambar dan ayat yang digunakan amat gramatis! Saya yakin ramai pelancong akan tertarik dengan tempat yang dilawati.
ReplyDeleteBlog yang menarik. Cara penulisan yang kreatif. Saya harap saya akan berpeluang melawat Pulau Kukup juga. Tahniah!
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik! Penulisan blog saudari memang bagus dan gambar yang dikonsikan juga menarik. Pulau Kukup memang menarik sekali.
ReplyDeleteBlog saudari sangat menyeronokkan dan membuatkan saya tertarik dengan keindahan alam.Terima kasih saudari kerana dapat berkongsi percutian yang sangat menarik ini.
ReplyDeleteMenarik sungguh blog saudari.Penggunaan ayat yang gramatis dan juga mudah untuk difahami.Tentu seronok dapat menikmati keindahan alam semula jadi , saya berharap dapat ke sana juga suatu hari nanti.Terima kasih di atas perkongsian .
ReplyDeleteWah!! Pulau kukup sangat menarik dan indah mata memandang. Namun, saya tidak pernah berkesempatan untuk ke sana. Terimakasih saudari kerana menulis blog yang amat menarik ini.
ReplyDeleteBlog yang menarik untuk dibaca. Penulisan blog yang bagus dan gambar yang dikongsikan juga menarik. Teruskan berkongsi pengalaman anda.
ReplyDeleteWah, sungguh menarik sekali percutian kamu kali ini! Saya berharap dapat ke sana suatu hari nanti.
ReplyDeleteWow! Cantiknya permandangan itu. Mesti seronok bermain di Rhizophora Apiculata!
ReplyDeleteWah! seronoknya saya membaca blog saudari Farah,dengan gambar-gambar yang menarik ini betul-betul membuatkan saya ingin ke sana.
ReplyDeleteIni kali kedua saya membaca blog saudari, saya memang menyukai penulisan saudari. Teruskan usaha yang bagus ini!
ReplyDeleteCantiknya pemandangan di sana! Gambar yang menarik serta penulisan yang kreatif. Penggunaan bahasa yang santai membuatkan saya berasa ingin tahu tentang Pulau Kukup. Terima kasoh saudari kerana sudi berkongsi pengalaman. Saya amat menghargainya!
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca. Gaya penulisan yang jelas dan mudah difahami yang disertakan dengan gambar yang menarik. Terima kasih atas perkongsian anda
ReplyDeleteWahh,teruja saya membaca perkongsian awak! Percutian awak kelihatan sangat santai. Saya berharap dapat ke sana juga nanti :D
ReplyDeleteBlog yang menarik untuk dibaca. Saya harap saya akan ke sana suatu hari nanti.
ReplyDeletepulau jawa jauh ketengah,
ReplyDeleteblog kamu ini menarik sungguh bah.
Syabas saya amat teruja membaca blog kamu.
Wah!Sungguh menarik blog yang telah saudari hasilkan dan saya begitu teruja untuk melawat tempat-tempat tersebut 🤩
ReplyDeleteSaya amat teruja dan teringin ke sana. Gaya penulisan amat baik sekali. Syabas.semoga maju jaya dan teruskan usaha menjadi blogger berjaya.
ReplyDeleteWah!! Cara penulisan yang sangat keratif dan jelas serta kemas wahai saudari!!! Syabas!! Saya harap saudari teruskan usaha saudari untuk menulis blog yang lagi seronok untu dibaca.
ReplyDeletePenulisan blog yang sangat kreatif. Blog ini jugA mempunyai info yang berguna untuk para pembaca
ReplyDeletewah seronoknya dapat menghirup angina sepoi-sepoi sambal melihat pemandangan yang indah dan ditemani bersama keluarga tercinta.saya juga terpukau dengan penggunaan bahasa yang anda gunakkan
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar kamu menjadi blogger berjaya pada masa akan datang.
ReplyDelete