Friday, 9 April 2021

Kepentingan Nasionalisme

 APA ITU NASIONALISME?

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu, nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.

PANDANGAN TOKOH SEJARAH


Daripada:

William R. Roff, 1967. The Origins of Malay Nationalism. New Haven

Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua. Hal ini disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi Nasionalisme juga timbul akibat kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat yang melanda Tanah Melayu.

Daripada:

 Zainal Abidin Abdul Wahid, 1991. Sejarah Malaysia: Pentafsiran dan Penulisan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nasionalisme Melayu bukanlah gejala baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British, tetapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu ketika itu dan orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke "Tanah Melayuan".

PERKEMBANGAN IDEA NASIONALISME DI BARAT

Revolusi Keagungan (1688)

Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) di England berlaku disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen Dan hak asasi rakyat.

Revolusi ini tercetus berikutan pemerintahan Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang. Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda. Menyedari sokongan yang semakin berkurangan, Raja James II melarikan diri ke Perancis.

Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah.  Semasa pemerintahan Mary II dan William of  Orange, konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berpelembagaan dimantapkan. Bill of Rights digubalkan untuk memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.

Revolusi Amerika (1776)

Revolusi Amerika merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British. Penentangan ini disebabkan oleh tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British. Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika. Penduduk Amerika menentang Akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai di jajahan tersebut seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh. Penduduk tanah jajahan di Amerika melaungkan slogan "tiada cukai tanpa perwakilan" kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.

Pemimpin di tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh George Washington dan mengisytiharkan perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika. Kongres meluluskan Perisytiharan tersebut menegaskan bahawa sekiranya sesebuah kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebesan dan kebahagiaan, maka menjadi hak penduduk untuk membentuk kerajaan baharu.

Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783, apabila British mengakui kemerdekaan Amerika. Sebanyak 13 buah bekas tanah jajahan tersebut digabungkan dan diberikan nama baharu sebagai Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi.

Revolusi Perancis (1789)

Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan ikeh golongan pemikir Perancis seperti Jean Jacques Rousseau (Rousseau) dan Voltaire.

Rousseau telah menulis The  Social Contract yang mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Suara rakyat digelar sebagai "hasrat umum" yang merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran. Menurut Rousseau, kedaulatan suara rakyat lebih tinggi dan pwnting daripada institusi raja dan birokrasi. 

Sasaran golongan revolusi adalah terhadap pemerintahan autokratik Raja Louis XVI (1774 - 1792) dan golongan bangsawan. Golongan ini memonopoli pelbagai keistimewaan, sebaliknya rakyat terbeban dengan pelbagai cukai.

Golongan revolusi menggempur penjara Bastile, membebaskan tahanan politik dan seterusnya menggulingkan Raja Louis XVI, Revolusi Perancis membawa kemunculan Republik Perancis yang mengakhiri sistem pemerintahan beraja di Perancis.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA

Nasionalisme di India

Nasionalisme di India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisms British. Kebangkitan rakyat tempatan dalam Dahagi India 1857 merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India. 

Nasionalisme awal bercorak gerakan yang memberikqn perhatian terhadap isu sosioagama. Brahmo Samaj dan Arya Samaj merupakan pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kwcintaan kepada budaya tempatan kesan daripada pengaruh budaya Barat.

Pada penghujung abad ke-19, perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelektual yang memulakan gerakan nasionalisme lebih tersusun. Mereka menubuhkan pertubuhan politik untuk menyuarakan pandangan seperti Kongres Kebangsaan India atau Indian National Congress (INC) yang dibentuk pada tahun 1885 dan Liga Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1906.

Pada awal abad ke-20, muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal. Mereka menggerakkan semangat penentangan secara militan terhadap British.

Selepas Perang Dunia Pertama, INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan  British. Tindakan ini diterajui oleh Mahatma Gandhi yang menjadikan satyagraha sebagai pegangan untuk menggerakkan nasionalisme di India.

Selepas Perang Dunia Kedua, INC dan Liga Muslim membentuk jawatankuasa khas bagi merangka rancangan pembahagian India, iaitu negara India dan Pakistan. Pada 14 Ogos 1947, Pakistan diumumkan sebagai negara merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jenaral Pakistan. India pula mengisytiharkan kemerdekaan pada 15 Ogos 1947. Jawaharlal anehru dilantik sebagai Perdana Menteri  pertama India.

Nasionalisme di China

Nasionalisme di China bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.

Nasionalisme China bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu (kerajaan Manchuria) yang dianggap sebagai orang luar Dan kehilangan mandat. Masyarakat China turut hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat. Gerakan nasionalisme seterusnya bercorak anti-Barat kerana menentang campur tangan kuasa Barat di China.

Tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China ialah Dr. Sun Yat Sent. Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) sebagai ideologi perjuangan, iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial. Prinsip tersebut menjadi asas kepada gerakan Revolusi China pada tahun 1911 yang berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China.

Nasionalisme di Jepun

Nasionalisme di Jepun pula digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. Maharaja Mikado Meiji (1868) melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati oleh kuasa Barat.

Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah semasa era Pemulihan Meiji. Pemulihan melipiti gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan yang menjadikan Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia pada awal abad ke-20. Namun begitu, desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialisme di Asia.

Nasionalisme Empayar Uthmaniah dan Mesir

Nasionalisme empayar Uthmaniyah dan Mesir lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Kesedaran tersebut mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.

Gerakan Islah

Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Gerakan ini telah dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan antara Eropah Amerika dengan kebudayaan tempatan yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan. Dengan itu, gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis serta memperbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada penjajahan.

Gerakan Pan-Islamisme

Pada tahun 1883, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan yang diberikan nama al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat). Kumpulan ini ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan. Pertubuhan ini telah menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme, iaitu seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat. Pada tahun 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah Barat bangkit berjuang bersama-sama dengan empayar Uthmaniyah.

Pemerintah empayar Uthmaniyah, iaitu Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme ini. Gerakan ini mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia termasuklah Tanah Melayu. Contohnya, kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan pada tahun 1915.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Nasionalisme di Filipina

Nasionalisme di Filipina muncul untuk menghapuskan penjajahan asing. Antara tokoh nasionalis penting termasuklah Jose Rizal, Andres Bonifacio (Bonifacio) serta Emilio Aguinaldo (Aguinaldo). Nasionalisme peringkat awal berbentuk Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal. Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol yang mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 untuk mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Filipina.

Kegagalan Gerakan Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal. Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi. Katipunan yang merupakan gerakan revolusioner telah menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina. Bonifacio dan Aguinaldo telah memimpin Katipunan melancarkan Revolusi Filipina pada tahun 1896 untuk menyingkirkan pemerintahan Sepanyol, namun usaha ini gagal.

Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina. Namun begitu, Perisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat, sebaliknya Filipina diletakkan di bawah penguasaan Amerika Syarikat. Di bawah penjajahan Amerika Syarikat, golongan nasionalis ini mengubah strategi perjuangan dengan menggunakan saluran diplomasi melalui parti politik sederhana. Pendekatan kerjasama membolehkan Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina pada tahun 1907. Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan oleh golongan nasionalis sehingga Perang Dunia Kedua.

Nasionalisme di Burma (Myanmar)

Nasionalisme di Burma ialah manifestasi perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi),

Thakin (siswazah universiti) dan golongan petani menentang imperialisme British. Nasionalisme digerakkan oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha. Mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma. Persatuan tersebut menggunakan isu kasut untuk membangkitkan nasionalisme. Selepas diambil alih oleh pemimpin yang lebih radikal seperti U Ba Pe, persatuan tersebut dinamakan Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma. Isu yang berkaitan dengan bangsa Burma mula diperjuangkan. Menjelang tahun 1920, Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti untuk mereka. Golongan sami Buddha seterusnya menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi dan mencetuskan Pemberontakan Saya San (1930-1932). Pemberontakan yang diketuai oleh Saya San, iaitu bekas pongyi mendapat sokongan golongan petani yang terbeban dengan pelbagai jenis cukai.

Perkembangan nasionalisme berikutnya dipengaruhi oleh pengenalan Perlembagaan Burma 1935 yang memisahkan Burma dengan India. Perlembagaan tersebut merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri. Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma) untuk memperjuangkan kemerdekaan Burma. Pemimpin parti tersebut seperti Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai "Thakin" yang bermaksud tuan dan menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma. Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya pada tahun 1937 kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.

Nasionalisme di Vietnam

Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan
Perancis, terutama selepas tahun 1918. Gerakan nasionalisme Vietnam dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin. Golongan ini memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja. Kemunculan golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis. Nasionalisme Vietnam disalurkan melalui akhbar seperti Tribune Indige dan Cloche Felee yang mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam. Gerakan nasionalisme Vietnam selepas Perang Dunia Pertama bercorak revolusi yang didukung oleh dua aliran ideologi, iaitu nasionalisme dan komunisme. Parti utama aliran nasionalisme ialah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam
pimpinan Nguyen Thai Hoc, manakala golongan komunis diterajui oleh Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh.

Perjuangan VNQDD berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme. Parti ini melancarkan pemberontakan pada tahun 1930 untuk mengusir Perancis dan menubuhkan kerajaan republik Vietnam. Peristiwa ini memberikan kesempatan kepada Perancis melumpuhkan gerakan golongan nasionalis dengan menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc. Gerakan revolusi menentang Perancis diteruskan oleh Ho Chi Minh melalui PKV. Pada bulan September 1945. Ho Chi Minh berjaya mengisytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi, Vietnam Utara. Beliau
dilantik sebagai presiden pertama, manakala Vietnam Selatan yang berpusat
di Saigon berada di bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat. Gerakan
menentang penjajahan Barat diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk
pada tahun 1976.

Nasionalisme di Indonesia

Nasionalisme di Indonesia pada awalnya berkisarkan isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda. Raden Adjeng Kartini mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita. Karya Kartini, terutama surat yang diutus kepada rakan-rakannya di Eropah dibukukan dan diterbitkan dengan judul Hilang Gelap Terbitlah Terang pada tahun 1911. Karya ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Letters of a Javanese Princess. Karya tersebut mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran kepada bangsa Indonesia. Kesedaran nasionalisme seterusnya berkembang dengan kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun seperti Muhammadiyah untuk mempertahankan agama Islam daripada ancaman sekularisme Barat. Gerakan nasionalisme menjadi semakin radikal dengan penubuhan parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis Indonesia (PNI). Kepimpinan Soekarno menjadikan PNI sebagai sebuah parti yang berpengaruh.

Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar "Sumpah Pemuda" yang menjadi tonggak nasionalisme. Tiga asas dalam sumpah tersebut ialah satu tanah air, satu bangsa dan satu bahasa untuk mewujudkan keutuhan negara bangsa.

Bagi mengukuhkan perjuangan pertubuhan ini, Soekarno mempelopori pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI). PPPKI ialah gabungan organisasi dan parti politik Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.

Nasionalisme di Thailand

Nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah dan memperjuangkan kemerdekaan. Gerakan nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara serta menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan. Nasionalisme di Thailand dipelopori oleh Raja Thailand melalui usaha diplomasi dan pemodenan. Raja Mongkut membina hubungan baik dengan kuasa Barat seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis. Baginda memulakan langkah pemodenan dengan melaksanakan birokrasi Barat. Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan dalam pentadbiran kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis. Guru dari Barat, terutamanya British turut dibawa masuk untuk melaksanakan sistem pendidikan Barat. Langkah tersebut membentuk imej Thailand sebagai negara yang bersahabat dengan Barat. Pemodenan negara dan dasar terbuka Raja Mongkut diteruskan oleh putera baginda, iaitu Raja Chulalongkorn untuk menjadikan Thailand negara yang bebas daripada penjajahan kuasa Barat, khususnya British.

Nasionalisme dalam kalangan rakyat timbul semasa pemerintahan Raja Vajiravudh. Kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh menimbulkan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja. Sementara itu, Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932. Revolusi tersebut menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan dengan meletakkan raja pada kedudukan tertinggi, tetapi tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Thailand yang dijalankan oleh Perdana Menteri.

Nasionalisme seterusnya berkisarkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina dan menggalakkan peribumi terlibat dalam kegiatan ekonomi. Semasa Perang Dunia Kedua, dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah oleh Jepun. Thailand turut memperoleh hak semula terhadap wilayah di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu.

NASIONALISME DI NEGARA SEBELUM PERANG DUNIA

Nasionalisme di negara kita sebelum perang dunia tercetus daripada gerakan orang Melayu menentang campur tangan British. Namun begitu, gerakan awal secara terbuka mendapat
dan tindak balas yang keras daripada British.

PERANG DUNIA PERTAMA

Persaingan Kuasa Imperialis

Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan berlaku persaingan dalam kalangan kuasa imperialis di Eropah. Mereka bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah serta memasarkan hasil industri Persaingan tersebut membawa permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah seperti Perancis dan Jerman

Pakatan Ketenteraan

Permusuhan antara kuasa Eropah membawa pembentukan pakatan ketenteraan seperti pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Kewujudan pakatan ketenteraan menyebabkan ketidakstabilan politik berterusan di Eropah. Seiring dengan persaingan mendapatkan tanah jajahan, negara dalam pakatan turut bersaing menghasilkan senjata moden dan sedia berperang bagi mempertahankan kepentingan masing-masing.

Krisis Rantau Balkan

Krisis di rantau Balkan berlaku akibat permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia. Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb supaya berjuang membebaskan diri daripada pemerintahan Austria-Hungary. Kemuncak krisis Balkan ialah pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia. Peristiwa tersebut menjadi sebab Eropah terjerumus dalam kancah Perang Dunia Pertama.


PERANG DUNIA KEDUA

Kemunculan Ideologi Baharu

Bagi mengatasi masalah yang wujud akibat kemelesetan ekonomi, penduduk Itali dan Jerman mengadakan gerakan politik radikal. Gerakan ini dipimpin oleh pemimpin nasionalis berfahaman melampau, iaitu fasisme di Itali dan nazisme di Jerman

Fasisme

Gerakan fasisme di bawah pimpinan Benito Mussolini dan parti Fasis berjaya menguasai kerajaan Itali pada tahun 1922 Fasisme memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu dan percaya kepada nasionalisme melampau termasuk berperang bagi meningkatkan imej negara. Bagi memulihkan semula imejnya, Itali meluaskan tanah jajahan dengan menguasai Habsyah (Ethiopia) dan Albania.

Nazisme

Gerakan nazisme di bawah pimpinan Adolf Hitler dan parti Nazi berjaya membentuk kerajaan di Jerman pada tahun 1933. Nazisme mengagungkan bangsa Jerman. Hitler berusaha untuk memulihkan nasionalisme Jerman dengan mengetepikan Perjanjian Versailles. Hitler membina angkatan tentera semula dan seterusnya menduduki Rhineland semula, wilayahnya yang hilang melalui Perjanjian Versailles.

Ketidakpuasan Hati terhadap Perjanjian Versailles

Jerman sebagai negara yang kalah dalam Perang Dunia Pertama menganggap Perjanjian Versailles tidak adil dan menjejaskan kedaulatan negaranya. Selain kehilangan tanah jajahan, pampasan perang yang tinggi dan perlu dibayar menyebabkan Jerman mengalami kemelesetan ekonomi dan inflasi yang teruk.

Itali sebagai negara yang menyertai Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama juga tidak berpuas hati terhadap Perjanjian Versailles. Itali tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis dan Poland.

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

Liga Bangsa-Bangsa berperanan untuk memastikan keamanan dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa. Namun begitu, kegagalan Liga Bangsa-Bangsa dalam usaha menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama menyebabkan dunia terdedah kepada konflik berterusan dan mengakibatkan meletusnya Perang Dunia Kedua.

KEBANGKITAN NASIONALISME

Kebangkitan semangat nasionalisme yang melampau telah menimbulkan permusuhan dalam kalangan negara bangsa di Eropah. Orang Jerman menganggap diri mereka  sebagai bangsa tuan yang paling berkuasa di dunia. Sikap ini menyebabkan orang Jerman tidak dapat menerima kebangkitan orang  yang lain khususnya Perancis. Semangat nasionalisme telah mendorong Perancis untuk mendapatkan kembali wilayah Alsace Dan Lorrain yang telah diserahkan kepada Jerman ekoran kekalahan Perancis dalam Perang Perancis, Prussia pada tahun1870 - 1871


SOALAN ESEI

Bagaimana semangat tersebut telah mempengaruhi semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan Indonesia. Namun begitu, do Thailand, gerakan nasionalisme bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran me Arab mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme.

Sebagai contoh, nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah Dan memperjuangkan kemerdekaan. Gerakan di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara serta menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan. 
 
Nasionalisme seterusnya berkisarkan rasa tidak puas hati rakyat. terhadap penguasan ekonomi oleh kapitalis barat dan Orang China. Perdana menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi oleh orang China Dan menggalakkan peribumi terlibat dalam kegiatan ekonomi. Semasa perang dunia kedua, dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah oleh Jepun. Thailand turut memperoleh hak semula terhadap wilayah di IndoChina dan negeri utara Tanah Melayu.

Kesimpulannya, nasionalisme di Asia Temggara berkembang daripada kesedaran memperjuangkan hak bangsa dan mendapatkan kemerdekaan. Namun begitu, nasionalisme di Thailand pula berbeza kerana lebih kepada usaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Sumbangan pemimpij dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara sewajarnya diteladani untuk mengukuhkan peradaban bangsa dan negara.

Friday, 2 April 2021

Is English Considered As Universal Language



 

Hello, everyone! 

         My name is Farah Nur Syanim Binti Fahmizam and I am a student of MARA Junior Science College Tun Dr Ismail. For today's blog, I would like to share about "Is English Considered As Universal Language?" and I will talk more about the importance of having good English language skills.

        As we all know, In today’s world, multilingualism is becoming more and more important. In addition to opening up employment opportunities, being able to speak a foreign language helps to make a real connection with people and to know more about diverse cultures, places and lifestyles. Many international businesses conduct meetings in English, universities teach courses in English and, around the world, tourists and travelers use English as a common language.

        But how did English become so important? Well, it all goes back to the British Empire, which at its peak covered 25% of the earth’s surface. During colonial times, British rulers often obliged the people in those countries to speak English rather than their native language. Although the origins of English as a global language has a complicated past, the language has left an important mark on media, trade and business. If you’re still not sure about whether to learn the language, then check out the reasons below.


1# IMPORTANT

First of all, studying English can help you get a job. English is the language of science, aviation, computers, diplomacy, and tourism. Many companies around the world have an international presence or are trying to expand on a global scale. This makes the necessity of a universal language such as English is more important. In these multi-national corporations, communication is a critical skill essential for enabling company operations and the ability to speak English fluently makes you more employable. By learning English or developing your English language skills, you will have access to a greater number of career opportunities.

When you learn English or any other globally popular language, you are able to connect and converse with a much larger network of people. Once you communicate with people from diverse backgrounds, you get exposed to new ideas and different ways of thinking. Being a multilingual person sharpens your skills and increases your value in workplace. 

 


2# IMPORTANT

English is currently the language of the internet. It’s not immediately obvious why there’s such a gap between the languages users speak and the content available online. It does make sense that English would have started out pretty far ahead; the internet’s early history is heavily based in the United States. It’s estimated that in the 1990s, 80% of content online was in English. The amount of English content has indeed decreased a huge amount since then, but it’s still holding strong, comprising over half of all the stuff on the internet. The lasting dominance of English may reveal a more structural bias for the English language on the internet.


Almost all of the biggest companies on the internet are English-first. Google, Amazon and Facebook are all based in the United States, and so English is always the first priority. This isn’t to say that internet companies haven’t made strides to be inclusive of the world’s languages. But still, that means there are people who have to make decisions about which languages are worth investing resources in.


3# IMPORTANT

English is also one of the most studied language all across the world, most of the countries teach it as a second language from primary school until high school. As we all know, English is without a doubt the actual universal language. It is the world's second largest native language after Chinese, the official language in 70 countries. English can be understood at almost everywhere among people. It is the world media language, and the language of cinema, TV and the computer world. Most of the people all over the planet people know many English words, their pronunciation and meaning. The statistic below shows the most spoken language in the world.


English language is one of the simplest and easiest natural languages in the world. The only other simple and easy languages are the constructed ones. Even though each language have each difficulties to learn either the pronunciations or vocabulary but, it depends on which language you know already. However the concept of simplicity is undeniable. English in an easy language to learn, understand and speak. Even some of the other subject will be teach in English to improve the usage of English in other subject by using the correct term.


4# IMPORTANT

It is not only English is so important in business, in education either for communicating with people from different countries. But, English is a main language in the world of entertainment.Entertainment according to Cambridge Dictionary means shows, films, television or other performances or activities that entertain people or a performance.

People always said that English is the language of entertainment. It is referred to as the language of Hollywood. Everyone knows that Hollywood is in the United States, and that the biggest television and music industries in the world are based there. As I mentioned above, TV and movies are a great way to practice your English once you start learning. What's more, knowing English opens up thousands of movies, television shows, and games for your enjoyment. This is the chart that shows top worldwide movies from box office records.



This evidence shows that the United States that uses English has more famous movies than other countries.  If you want to work in the entertainment industry, English is essential. Many of the world’s top films, books and music are published and produced in English. Therefore by learning English you will have access to a great wealth of entertainment and will be able to have a greater cultural understanding.



5# IMPORTANT





When you know English, travelling will be much easier and your journey will be much smoother. We can took a simple example by a situation faced by a man that travel from German to Thailand with his family. When he reached the destination at Thailand, they would surely go and find the hotel as their first destination there and of course the receptionist or customer services would talk in English to talk with the foreigner tourist right? Maybe some of you will said that there must be any other language that the receptionist know right? It is not possible to just know one language as a receptionist. And my answer is yes. Of course they have knew a few languages such as their native language which is Thai, maybe Chinese and Vietnamese because the language is from the nearest country from Thailand and the tourist should not be mad to the receptionist for not knowing their languages because it is just impossible to remembered and be fluent on 7 000 languages from all over the world. So, what will happen to the man that from German earlier if he and his family doesn’t know English? They will get a huge loss on money, time and energy. So from the situation given, it is proved that learning English is important and English is considered as a Universal language.


Thanks for taking the time to read my blog!

Kepentingan Nasionalisme

  APA ITU NASIONALISME? Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme boleh diertikan sebagai...